Pelajaran ini tertumpu kepada pembinaan ayat dengan menggunakan imperfecto. Formula bahasa Sepanyol ini sangat berguna jika kita ingin mengungkapkan:
- perkara yang pernah kita lakukan;
- apakah tabiat kita pada masa dahulu; dan
- apakah rutin kita.
Apabila kita bercakap mengenai masa lalu iaitu masa yang sudah berlalu, mengenai tindakan yang kita pernah lakukan berulang-ulang setiap hari, tindakan yang kita buat itu kita tak pasti berapa kali maka kita perlukan imperfecto.
Jadi, kita akan belajar mengenai cara mengungkapkan ayat seperti, "semasa saya belajar dahulu, saya selalu tinggal seorang diri" atau "semasa saya masih muda lagi, saya selalu pergi ke konset rock". Fikirkan mengenai berapa kali sehari kita menggunakan struktur ayat sebegini dalam bahasa kita sendiri dan bagaimana mudahnya ia jika ia digunakan untuk belajar bahasa Sepanyol. Dalam pelajaran ini juga kita akan mempelajari mengenai perbezaan imperfecto dan indefinido. Akhir sekali, kita akan belajar menggunakan kata kerja "soler" yang bermaksud pernah dalam konteks rasmi dan tidak rasmi.
Rujukan
- Learn Spanish Tenses: Use Imperfecto to talk about Your Past, Butterfly Spanish, 30 Januari 2021