Pengalaman Belajar Bahasa Sepanyol

Sebenarnya aku berminat untuk mengambil kelas opsyen bahasa Sepanyol sejak aku berada di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Malaysia. Namun, aku perlu memenuhi kredit yang penting dahulu maka aku terpaksa menangguhkan niat untuk menyertai kelas bahasa Sepanyol.

Kelas bahasa selalunya diadakan di Pusat Pengajian Bahasa (SoLLat) yang terletak di Pintu Batu Uban. Jaraknya yang jauh dari bilik penginapan aku di Desasiswa Aman dan juga ketiadaan kenderaan menyebabkan pelbagai perancangan dan niat aku terbantut. Selain itu, aku memang tidak mempunyai rakan atau kenalan rapat pun kecuali dua, tiga orang dari kursus major aku sendiri iaitu kursus Penterjemahan dan Interpretasi yang pada masa hadapan sebenarnya tidak begitu memberikan manfaat pun kepada kerjaya aku.

Dipendekkan cerita aku menyertai kelas bahasa Sepanyol semasa tahun kedua aku belajar ijazah sarjana dalam major Pentadbiran (Kesatuan Eropah). Pada tahun pertama aku mengambil bahasa Jerman namun aku mendapati bahawa gurunya Mayer Waltraud adalah seorang yang membosankan jadi aku mengubah kursus opsyen bahasa Eropah aku kepada bahasa Sepanyol. Oh ya, di Malaysia ini mereka suka memberikan nama jolokan Pentadbiran, Diplomatik dan Antarabangsa walaupun perkara itu sebenarnya hanyalah pentadbiran biasa sahaja. Amalan ini terbit dari sistem pentadbiran British Malaya pada zaman penjajahan di negeri-negeri Melayu Bersekutu dan negeri Selat sebelum kemunculan Malaysia. Sebab itulah wujud jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang susah sekali untuk dimohon kalau tiada kabel atau orang dalam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Berbalik kepada kelas Sepanyol aku, kelas peringkat awal aku adalah bersama dengan Umu Kalsum, mamak Penang. Kurang thrill sedikit sebab dia bukan penutur asli bahasa Sepanyol pun. Kemudian, kelas kedua bersama dengan Maria Gonzales, yang ini memang orang Sepanyol. Umur dia pun hampir sebaya dengan aku. Bezanya dia sudah bekerja menjadi guru bahasa Sepanyol sedangkan aku pula menjadi pelajar yang tiada kerja, haha.

Aku dapati kelas si Maria sebenarnya lebih menarik daripada kelas si Umu. Mungkin disebabkan dia adalah penutur bahasa Sepanyol yang asli. Selain itu, aku benci dengan budak-budak ijazah sarjana muda retarded yang menjadi rakan sekelas aku. Aku sepatutnya masuk ke kelas bersama dengan rakan-rakan ijazah sarjana dan doktor falsafah namun disebabkan oleh kekangan masa maka aku terpaksa menahan kebencian aku. Aku tak dapat berkawan dengan budak-budak itu kerana perbezaan peringkat pelajaran dan lain-lain isu. Aku menerima sijil bahasa Sepanyol dan mendapat gred D kerana aku tidak dapat menduduki peperiksaan bahasa Sepanyol tahap dua. Ketika itu arwah bapa aku sedang menderita sakit. Aku pulang terus ke Putrajaya untuk bersama arwah bapa aku.

Aku tidak dapat banyak sangat kemahiran dari si Umu kerana dia asyik sebok dengan angka, mengira jam dan matematik sahaja. Nota aku pun banyak dari kelas si Maria sahaja. Berikut adalah rujukan bahasa Sepanyol aku semasa belajar di USM:

Berikut adalah senarai kursus bahasa Sepanyol yang aku cuba ikuti:

Rujukan lanjut bolehlah ditambah di sini bagi menambahkan pengetahuan berkenaan dengan bahasa Sepanyol. Terima kasih.