Sejarah Bahasa Sepanyol

Bahasa yang hari ini dikenali sebagai bahasa Sepanyol diterbitkan dari salah satu loghat yang berasal dari bahasa Latin pasar yang dibawa ke Semenanjung Iberia oleh bangsa Romawi semasa Perang Punic Kedua bermula pada tahun 218 SM. Ia kemudian berkembang dan berevolusi di bahagian tengah Semenanjung Iberia selepas keruntuhan Empayar Romawi Timur pada abad ke-5 masihi. Standard bahasa bertulis telah dimajukan di kota Toledo sekitar abad ke-13 sehingga abad ke-16 masihi dan di Madrid bermula dari tahun 1560an. Sejak 1,000 tahun yang lampau, bahasa ini telah melebar ke selatan di Laut Mediteranea dan kemudian dipindahkan lagi ke jajahan empayar Sepanyol, terutamanya di benua Amerika. Kini, bahasa Sepanyol menjadi bahasa rasmi di 20 negara serta menjadi bahasa rasmi bagi pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuklah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).  

No hay comentarios:

Publicar un comentario