Bab 2
Bahawasanya Tuhan itu Esa dan Bukannya Ramai
Bahawasanya Yang Menjadikan dunia ini Esa dan tidak ramai dibuktikanlah dengan dalil bahawa mustahil lah yang ramai itu boleh mempunyai kehendak yang satu, sempurna, tak berubah, dan setuju tak berbelah bagi.
Kerana kalau ramai mestilah ia mempunyai zat yang saling setara, dan dalam sebarang perkara berkaitan penciptaan itu, akan terhapuslah kepelbagaian dengan perbezaan tak berwujud, atau sebarang perkara yang membezakan, seperti juga tidak selarilah untuk memerhatikan kewujudan dua kegelapan, itu serupa dalam setiap cirinya, dan tak dapat dibezakan, dan mempunyai hanya satu ciri yang sama atau mereka itu mestilah berbeza daripada yang lain dari segi zat dan dalam segala berkaitan dengannya. Mereka itu akan bercanggahanlah pula dan saling menghancurkan satu sama lain.
Zat bersama itu tak akan wujud antara dua pencipta yang bercanggahan, tidak juga akan terhasil karya yang sempurna daripada mereka yang saling bercanggahan. Kerana mereka itu mestilah serupa dalam zat, dan berbeza pula dalam yang berkaitan dengannya itu, setiap satunya mempunyai ciri yang sesuai menerusinya itu berbeza pula dengan sekutunya: apabila mereka itu akan disebatikan oleh benda-benda yang dalamnya itu menjadikan mereka serupa, dan daripadanya juga menjadikan mereka boleh dibezakan.
Namun, setiap yang sebati itu adalah makhluk yang diperbuat, dan mesti mempunyai pembuatnya dan yang menyebatikannya. Justeru, natijah kepada kebenaran perisytiharan itu adalah, "Tuhan kita itu Tuhan Yang Maha Esa" (Kitab Devarim 6.4). Walaupun dalam dunia ini ada banyak dewa-dewa dan tuan-tuan yang dipuja sembah oleh orang lain, namun bagi kita Tuhan itu Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya (I Corinthius 8.S-6).