Keabadian Tuhan

 Bab 3

Bahawasanya Tuhan itu Abadi

Setiap yang wujud itu sama ada abadi atau pun ada ajalnya; dan segala yang sementara itu pun mempunyai penyebab dan pembuatnya pula, dan kala masa dan yang membuatnya mesti ada sebelum wujudnya yang dijadikan.

Namun, yang menjadikan segala benda itu pula tanpa sebarang penyebab, dan bahawa Pencipta segala makhluk itu tiada pencipta baginya, segala hak dan fikiran tak prejudis itu pasti bahawa, kerana hal yang sebegitu adalah semulajadi bagi-Nya bila diteliti.

Berikutnya, bahawa Pencipta itu berdiri sendiri, dan abadi, melampui masa dan sebelum masa wujud, kerana Dia sendiri yang menciptakan masa. Masa itu merupakan hitungan bagi gerakan jasad-jasad, dan seperti yang sudah diberikan pada dalil bahawasanya Dia itu penyebab bagi segala hal ini, makanya Dia itu abadi tanpa sebarang awalan pun bagi kewujudan-Nya.

Kini, perkara yang tiada permulaan itu pun, boleh juga tidak mempunyai penghujungnya, dan mestilah mempunyai dua percanggahan melampau ini serta Dia itu Maha Tinggi, Maha Suci, sebagai Kebenaran, Cahaya dan Kehidupan, dan mestilah Dia itu Maha Terbaik, Maha Bijaksana, dan Maha Berkuasa.