Bab 4
Bahawasanya Tuhan itu Tidak Difahami Makhluk
Setiap perkara yang boleh difahami itu difahami sama ada menerusi deria-deria atau menerusi pemikiran; dan bahawa yang difahami oleh deria itu mestilah sama ada sebatang jasad atau pun kebetulan. Namun, Tuhan yang dipuja itu bukanlah sebatang jasad seperti makhluk; kerana setiap jasad itu merupakan sebatian, dan setiap jasad itu memenuhi ruangan yang ada, dan setiap jasad ada pula had-had tertentu. Semua ini bertentangan dengan Dia yang berdiri sendiri. Bukanlah pula Dia itu satu kebetulan; kerana kebetulan tak wujud sendiri, tetapi mesti ada pula bahan lain untuk wujud.
Semua yang difahami menerusi pemikiran, fikiran itu sama ada tertarik ke penghujung disebabkan oleh kepanjangan atau kelebaran (bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai had yang membezakannya daripada yang bukan) supaya ia boleh difahami pada hakikatnya; namun di sini perkara yang terhad, dan had serta dimensi itu asinglah kepada sifat berdiri sendiri; atau pemikiran itu tak memanjang sampai ke penghabis, atau pun mampu mengehadkan sempadan-sempadannya, kerana perkara-perkara yang tak mampu difahami akal. Makanya, Sifat Ilahiah itu tidak mungkin difahami, mustahil bagi akal untuk memahami sebarang ilmu dari yang berdiri sendiri, kecuali mengetahui bahawasanya Dia itu wujud.
Disebutlah oleh seorang ahli falsafah agung, bahawa dia selalu membaca doa ini, "Wahai Yang Menggerakkan roh aku ini, kurniailah aku dengan pengetahuan mengenai zat masa yang menggerakkan aku, apakah ia dan bagaimanakah rupanya. Namun, tidaklah dengan pengetahuan mengenai zat masa yang dikaruniakan itu walaupun aku mampu mengetahuinya, dapat membantu aku memahami tentang apakah Engkau, dan bagaimanakah Engkau; namun hanya diketahui bahawa Engkau itu wujud".
Kini, apabila kita bercakap mengenai Tuhan bahawasanya Dia itu tak kelihatan di mata duniawi, tidak bersebatian, tidak mampu dipintas, dan tak mampu dirubah sesiapa pun, maka tidaklah kita menggambarkan mengenai-Nya sebaliknya menyatakan mengenai yang bukan Dia.