Bab 5
Berkenaan Triniti
Segala yang wujud itu mestilah sama iaitu dalam rupa jasad kasar yang kewujudannya itu tertakluk kepada kebetulan kejadian dan perubahan, dan ditindakkan ke atasnya oleh sebarang perkara yang bertentangan dengannya; atau pun bukan dalam rupa jasad, dan seterusnya tidak pula tertakluk kepada sebarang yang disebutkan sebelum ini.
Kini sudahlah kita buktikan bahawasanya Tuhan, Maha Suci Dia yang tidak mampu dipahami akal pikiran makhluk bukannya satu jasad dan oleh itu Dia tidak tertakluk kepada segala yang berbentuk kebendaan, yang abadi tidak akan pernah menyerupai-Nya pun.
Segala yang tak berjasad itu dan tiada takluk ia kepada sebarang perkara berkaitan jisim, istiadat falsafah lampau menyebutnya lah sebagai akal. Dan apa sahaja yang terkeluar daripada bahan, dan yang berkaitan kepada yang itu, haruslah diketahui, dan harus mengetahui dirinya, kerana dirinya itu pernah wujud dan diketahui kepadanya, dan ia itu tidak bergantung kepada sesuatu apa pun melainkan dirinya sendiri. Dan apa sahaja yang mengetahui zatnya itu mestilah hidup. Olehnya, Tuhan itu Maha Bijaksana dan Maha Hidup. Kini, Dia yang Maha Bijaksana itu memperisytihar kerana kebijaksanaan-Nya; dan Dia yang Maha Hidup itu hidup kerana Dia mempunyai kehidupan. Hal ini adalah misteri bagi Triniti, yang Gereja mengakui akan Ciri Pujaan tersebut, Akal, Hikmah dan Hayat.
Tiga perkaitan saling berselari pada zat itu adalah Satu, dan Satu itu lah yang dimuliakan dalam tiga perkaitan tersebut. Akal (Gereja), memanggil Sang Bapa dan Pencipta, kerana Dia itu Penyebab segalanya, dan Yang Awal bagi kita. Sang Anak digelarkanlah sebagai Hikmah dan yang tercetus, kerana dia itu dicetuskan dari Pemikiran, dan oleh Nya yang segala sesuatu diperbuat dan diciptakan. Hayat disebutlah, Roh Qudus dan yang terpancar, kerana tak ada lah Roh Qudus itu melainkan Dia belaka.
Dia Yang Maha Suci itu tidak pernah berubah, menurut kepada penafsiran penyampai falsafah yang menerima; dan Dia itu lah yang diisytiharkan oleh Yuhanan bin Zabidi, "Pada permulaannya itu adalah Kalimah" (Yuhanan 1:1). Dan, "Hayat itu adalah cahaya bagi manusia segalanya" (Yuhanan 1:4).
Kini dengan kaedahnya roh itu dipunyai oleh tiga lapis tenaga, akal, kalimah dan hayat, dan makanya adalah satu jua dan bukannya tiga, namun kita melihatnyalah sebagai Tiga dalam Satu uknum, dan Satu dalam tiga uknum. Matahari pun, satu sahaja dalam piringnya itu, sinaran, dan habanya, seperti inilah yang dijelaskan oleh ahli agama, Paulus, utusan al-Maseh dalam persamaannya itu mengenai tubuh yang terpilih al-Maseh, "Baginda itulah kecerahan kesucian-Nya, dan menggambar rupa bagi keberadaan-Nya menerusi makhluk kejadian-Nya" (Tindakan Para Rasul 9:15; Ibrani 1:3). Seterusnya dijelaskan bahawa, "Al-Maseh itu, kekuatan Tuhan, dan hikmah dari Tuhan!" (1 Korintus 1:24).
Selanjutnya pula, segala yang wujud itu sama ada kebetulan atau pun satu madah. Namun, Yang Wujud sendiri itu tak bolehlah dipengaruhi oleh yang kebetulan walau dalam apa jua cara pun. Oleh itu, tiga yang selari dan pada yang tersebut itu disebutlah sebagai Qanuma dalam bahasa Suryani yang ertinya itu hipostasis atau kandungan rohani dan bukannya kuasa yang kebetulannya. Bukan jua tiga uknum itu menyebabkan terjadinya perubahan sifat tokoh yang bertiga itu atau pun jama'; kerana Dia itu adalah Akal, sama lah jua Dia itu Hikmah, sama juga lah Dia itu Hayat, yang memang wujud tak pernah pun batal terpadam, dan Yang Mula dan Yang Akhir.
Segala yang terhenti lalu tersingikir itu selamanyalah bukan Dia kerana tiada satu keserupaan pun antara sifat makhluk dan sifat Yang Maha Abadi, Maha Wujud itu; Dan satu misal perumpamaan itu bukan semestinya menggambarkan bahawa yang dibandingkan kepada-Nya itu menyerupai-Nya dalam apa jua cara pun! Kerana jika yang diumpamakan dan perumpamaan yang dibandingkan itu pastilah sejenis juga bendanya kalau sememangnya jika ia sama sedangkan keberadaannya itu berlainan pula.
Rahsia Triniti itu digambarkan menerusi ayat-ayat dari Perjanjian Lama, "Biar Kita perbuat Adam itu dalam gambaran kita sendiri, menurut kesamaan Kita" dengan pengulangan huruf nun tiga kali banyaknya dalam ayat yang mengisyaratkan tentang adanya Triniti atau Tiga Tokoh (Ne'abed Masha Be'alman Akh Da-Mutan; Kitab Kehidupan 1:26).
Bacaan Halleluya diulang tiga kali nya dalam tarnimah kirubim sebagaimana yang disebutkan oleh nabi Isaiah, diikuti dengan satu seruan kepada-Nya mengesahkan Tiga Qanuma dalam Satu sifat. Sabda baginda Raja Dawud juga sama halnya, "Dengan Kalimah Rabb maka terciptalah langit sekelian dan segala bala tenteranya dengan hembusan nafas 'mulut' Nya". Banyak lagi rujukan mengenainya.
Maka, biarlah orang kafir musyrik dan orang Yahudi berdegil pada kebenaran jemaah Gereja Sejagat, mengenai sebutan keimanannya itu terhadap Tiga Qanuma. Biarkan mereka nanti berasa malu dengan sendirinya! Maka tamatlah sudah bahagian pertama ini.