Permulaan Doktrin Nestoria

Doktrin Nestoria ini merupakan fahaman Nasrani yang dimajukan oleh Baba Konstantinopolis, Baba Nestorius dari 428-431. Fahaman ini disebarluaskan menerusi pengajian Baba Nestorius yang belajar bawah guru Theodorus Mopsuestia di Sekolah Agama Antiokia.

Ia menekankan ketidaksatuan sifat ilahiah dan sifat insaniah Isa al-Masih. Ajaran ini menyebabkan Baba Nestorius bertelingkah dengan pemimpin gereja lain seperti Cyrilus Iskandariah yang mengutuknya kerana menolak gelaran Theotokos atau Ibu Tuhan yang merujuk kepada Maryam Perawan. Doktrin beliau ini akhirnya diisytiharkan sebagai bida'ah dan sesat oleh Majelis Efesus Pertama pada 431 M dan di Majelis Kalsedon pada 451 M. Hal ini menyebabkan jemaah gereja Nestoria dan yang menyokong gereja ini berpecah dengan seluruh Gereja Nasrani lain.

Ramai penyokong Nestoria ditempatkan semula dalam empayar Parsi dinasti Sasan. Di situ, mereka berhubung dengan masyarakat Nasrani tempatan yang dikenali sebagai jemaah Gereja Suryani Timur. Beberapa dekat perhubungan mereka, Gereja Suryani Timur pun mula menerima pakai doktrin ini yang menyebabkan ia pun dikira sebagai Gereja Nestoria kerana sokongannya itu. 

Fahaman ini adalah bentuk fahaman dua sifat yang berlawanan dengan fahaman satu sifat yang muncul sebagai tindak balas kepadanya. Penganut Nasrani aliran ini berpegang bahawa al-Maseh itu mempunyai sifat yang longgar kesatuannya, iaitu sifat insaniah dan sifat ilahiah. Sifat insaniahnya itu diserap ke dalam ilahiahnya.

Takrifan ringkas keimanan mereka boleh disebut sebagai, "Al-Maseh itu bukannya sama dengan Anak tapi peribadinya itu bersatu dengan Anak, yang tinggal dalam Nya, satu Zat dan satu sifat, iaitu manusia". Kedua-dua fahaman Nestoria dan fahaman satu sifat pun dikutuk sebagai bida'ah oleh Majelis Kalsedon. Fahaman satu sifat itu kini berkembang menjadi fahaman Miafistismo dalam gereja-gereja Ortodoks Timur. 

Berikutan dengan larinya mereka ke dalam empayar Parsi, ajaran ini dibawa oleh pengikutnya ke bandar Nisibis di wilayah empayar Parsi. Lalu, terbentuk Sekolah Edessa pada 489 M. Fahaman ini tidak lagi menjadi fahaman majoriti di empayar Romawi atau pun Eropah yang kemudiannya. Fahaman ini tesebar dalam Gereja Suryani Timur dan juga beberapa kawasan di Asia Timur selepas abad ke-7 M. Bukan semua jemaah Gereja Suryani Timur mengikut fahaman Nestoria. Gereja Suryani Timur yang menghormati Baba Nestorius tak mengikut pun fahaman Baba Nestorius. 

Walaupun memperluas pengaruh di Timur, kejayaan mubaligh Nasrani Nestoria kemudiannya berakhir juga. David J. Bosch memperhatikan:
Menjelang pengakhir abad ke-14 M, gereja-gereja Nestoria dan jemaah gereja lain yang satu ketika dulu mempunyai titik-titik di muka bumi Asia Tengah dan beberapa tempat di Asia Timur semua pun dipadamkan juga. Masyarakat Nasrani yang terasing hanya wujud di India. Yang berjaya dalam misi dakwah di Asia Tengah mengatasi orang Nasrani jemaah Gereja Nestoria itu adalah orang Islam dan penganut ajaran Buddha.