TENTANG TUHAN
Bab 1
Teori Berkenaan Tuhan
Bahawasanya Tuhan itu wujud, dan bahawa dunia ini diciptakan, diperbuat dan sementara sahaja.
Mar Paulus, pesuruh al-Maseh, khazanah Ruhul Qudus, ahli falsafah kerohanian, menerusi Roh, dalam Kisah Para Utusan al-Maseh (17.27) telah meletakkan dasar yang memberi ilham yang mengangumkan dalam pengajian ilahiat, menerusi kata-kata beliau, bahawa manusia itu mesti mencari Tuhan, dan merasakan bahwa perlu kepada-Nya, dan menemuinya dengan merenung ciptaan-Nya. Tukang itu dikenali menerusi karyanya, dan pembuatnya itu diketahui menerusi bahan buatannya.
Dunia ini diperbuat, diciptakan, dan bahawa ia mempunyai awalan dalam waktu jelas daripada hakikat, bahwa ia disebatikan, dibingkaikan, dan ditata menjadi seluruh, dan dalam semua bahagiannya itu. Segala yang disebatikan, dibingkaikan dan diatur itu mesti mempunyai pembuatnya dan penyusunnya. Yang disebatikan itu dibuktikan daripada kejadian penuhnya diperbuat daripada pelbagai bahagian, dan daripada segala jasadnya itu diperbuat pula bahan-bahan dan jenis-jenis, dan daripada yang tampak di mata kasar dan ghaib yang bergerak dalamnya.
Namun, saksi yang terutama itu, yang kejadiannya dibingkaikan itu adalah manusia, yang dunia kecil itu berada dalam dirinya, dan dalam pembentukan seluruh makhluk itu dibawa bersama, seperti kata seorang alim bahawa, "Manusia itu lambang kepada seluruh dunia, dan daripada seluruh bingkai penciptaan". Bahawasanya, dunia ini diatur itu jelas sekali kelihatan daripada susunan langit-langit, bintang-bintang, unsur-unsur, dengan segala kuasa penghasilannya, tumbuhan yang terjana, pokok-pokok, lombong-lombong, mergasatwa dan manusia, susunan yang menakjubkan yang melampaui hikmah dan kebijaksanaan segala makhluk yang tercipta.
Dengan cara yang sama jua, ahli falsafah purba menyimpulkan bahawa setiap gerakan itu mesti ada penggeraknya, sehinggalah sampai kepada Nya yang tak pernah digerakkan sesiapa pun, Siapakah yang menjadi Penyebab kepada hal ini semua, dan daripada Siapakah didasarkan oleh mereka bahawa Dia itu mestilah Maha Baik, Maha Bijaksana, dan Maha Berkuasa?!
Tuhan, dalam sebanyak mana pun perkara seperti Dia yang menciptakan dunia tanpa sebarang penyebab (atas gerakan-Nya sendiri); Maha Bijaksana, kerana susunan yang menakjubkan dan bingkai yang dipaparkan dalam alam semesta; Maha Berkuasa, kerana Dia mengatasi segala perkara yang semulajadinya menghancurkan sesama sendiri, dan membawa semua bersama dalam satu perjanjian.
Di samping itu, dunia ini mengandungi kualiti dan kuantiti, begitu juga jasad dan rohnya, dan daripada alam berlainan dan kepanjangannya segala, yang daripadanya bolehlah dikaji oleh pemikiran, kenapa kedudukannya itu semua tetap letaknya tak berubah-ubah sesuka hatinya di tempat masing-masing dalam suatu masa.
Dan apabila ia ketahui satu punca bagi ciptaan-ciptaan sesuai, persamaan-persamaan dan alam-alam, daripada semua dan setiap satunya, dan bagi kewujudannya semua dan kesinambungan dalam keadaan itu, ia tak akan menemui selain daripada kehendak dan juga kebijaksanaan Sang Pencipta, yang menciptakan dan menghapuskan mereka menurut kehendak-Nya sendiri, dan hikmah kejadian-kejadian itu cumalah diketahui oleh-Nya.
Pereka mestilah wujud sebelum kerjanya dilakukan, supaya dapat dibuktikan bahawa dia itu sebenar-benarnya pembuat barang sesuatu yang tak wujud lagi, dan bahawa dia yang membuatnya. Hal ini adalah kebenaran, makanya disahkan, diturutilah bahawa dunia ini diperbuat, dicetuskan, dan mempunyai awalan, dan ia bukannya abadi. Ia juga mengikut kepada Pembuat nya, Yang Maha Baik, Maha Bijaksana, Yang Maha Abadi, Maha Kuat, dan Yang Berkehendak.