Sepanyol yang terpilih sebagai ahli dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) bagi tempoh 2025 - 2027 menegaskan lagi tekadnya dalam menegakkan hak asasi manusia pada 10 Disember 2024.
Dalam kenyataan Ministerio des asuntos exteriores, union europea y cooperacion atau Kementerian Hubungan dan Kerjasama Luar, Kesatuan Eropah, "Hari Hak Asasi Manusia" disambut setiap 10 Disember, memperingati hari apabila Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 diterima pakai di Majlis Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hak asasi ditakrifkan dalam Perisytiharan tersebut sebagai, hak yang wujud bagi semua manusia, tidak mengira bangsa, jantina, kewarganegaraan, suku kaum, bahasa, agama atau status lain. Hak asasi manusia termasuklah hak kepada kehidupan dan kebebasan, kebebasan daripada perhambaan dan seksaan, kebebasan dalam mengungkapkan pandangan atau buah fikiran, hak bekerja dan pendidikan serta banyak lagi. Selanjutnya, kedua-dua Perjanjian Kesatuan Eropah dan Piagam Hak Asasi Eropah menyebut bahawa hak sejagat itu terdiri daripada maruah manusia, kebebasan, kesaksamaan dan kebersamaan atas dasar prinsip demokrasi serta kedaulatan undang-undang.
