viernes, 16 de febrero de 2018

Katedral Binaan Amatur



Justo Gallego Martinez dilahirkan pada 1925 di Mejorada del Campo, 40km ke timur ibu kota Sepanyol, Madrid. Beliau menyertai biara di pekan berdekatan pada usia 27 tahun. Beliau berkhidmat sebagai paderi selama lapan tahun sebelum diserang penyakit batuk kering. Beliau terpaksa keluar dari kebiaraan kerana kebimbangan yang penyakit beliau akan menjangkiti yang lain.

Oleh kerana beliau tidak dapat lagi berbakti kepada Jesus selepas dipaksa keluar dari biara. Beliau berkeputusan untuk membina sebuah katedral di harta tanah warisan keluarga beliau. Permohonan permit untuk bangunan oleh beliau tidak pernah dihiraukan oleh pihak berkuasa kerana mereka fikir beliau tidak serius dengan projek tersebut. Walau bagaimanapun, Gallego tetap meneruskan projek tersebut. Pembinaan dimulakan pada tahun 1961 walaupun tiada kebenaran dan tiada pengalaman dalam bidang senibina.

Sumber Video: The lone man building a cathedral with his own hands, Great Big Story (Youtube Channel)

Rujukan:
  • The man who build cathedral with his own hands, BBC Travel
  • 91-Year Old Man Builds Cathedral Because ... Priorities, Crave Design
  • Cathedral of Faith, the New York Times
  • We've got too many places of worship: catholic church shuns 91-year old Spanish former monk's cathedral that he spent his entire life building, the Telegraph news

No hay comentarios:

Publicar un comentario