Bahasa Sepanyol atau Bahasa Castilia adalah sejenis bahasa jenis Romance yang berasal dari Semenanjung Iberia di Eropah. Pada hari ini, ia menjadi bahasa global dengan kira-kira 500 juta penutur asli tertumpu di Sepanyol dan Amerika. Ia merupakan bahasa kedua yang mempunyai jumlah penutur asli teramai selepas bahasa Cina Mandarin dan menduduki tempat keempat sebagai bahasa yang paling banyak sekali dituturkan di dunia selepas bahasa Inggeris, bahasa Cina Mandarin dan bahasa Hindustan.
- Pengenalan kepada Bahasa Sepanyol
- Etimologi Rujukan Nama Bahasa Sepanyol
- Sejarah Bahasa Sepanyol
- Pengalaman mempelajari Bahasa Sepanyol
Selain daripada itu bahasa Sepanyol juga pernah menjadi bahasa creole atau bahasa perhubungan antara penutur bahasa Sepanyol dengan penutur bahasa asli yang lain di tanah jajahannya. Bahasa Sepanyol bertindak sebagai lexifier atau penyumbang perbendaharaan kata untuk bahasa-bahasa tersebut namun tatabahasanya adalah tatabahasa tempatan.
Sejumlah bahasa creole yang dipengaruhi dari pelbagai tahap oleh bahasa Sepanyol muncul dari zaman penjelajahan serta penjajahan Sepanyol antaranya seperti berikut:
A. Asia dan Amerika
- Bahasa Chavacano
- Bahasa Palenquero
- Bahasa Sepanyol Bozal
B. Afrika
- Bahasa Papiamento
- Bahasa Pichinglis
- Bahasa Annobon
Rujukan
- Most Beautiful Words in Spanish, World by Isadora